Hari ini menandakan tayangan perdana di seluruh dunia siri Cina eksklusif Netflix, The Victims’ Game. Siri ini diterbitkan oleh Greener Grass Production, pemenang berbilang Golden Bell Awards di Taiwan. Cerita ini diilhamkan dari buku The Fourth Victim, sebuah buku terlaris yang ditulis oleh novelis misteri Taiwan, INFINITY. Dibintangi oleh pelakon terkenal seperti Joseph Chang, Wei-Ning Hsu dan Shih-Hsien Wang, dan menampilkan salah seorang pelakon wanita TV China yang paling ditonton ramai, Ruby Lin, siri misteri dan penyiasatan 8 episod yang menarik ini akan pasti mengagumkan dan di luar jangkaan anda.
Ketua Penerbit Eksekutif Han-xian Zeng berkata: “Selain daripada unsur hiburan yang menarik pandangan seperti insiden pembunuhan bersiri, plot penaakulan suspens, serta tetapan watak yang bergaya, inti pati kisah yang diceritakan dalam The Victims' Game adalah kemanusiaan dan cinta. Watak utamanya adalah seorang pakar forensik berbakat dan seorang ayah tidak dapat meluahkan perasaannya. Dengan memburu pelaku dalam serangkaian kes, dia berusaha menyelamatkan orang-orang dalam masyarakat yang telah berputus asa pada kehidupan mereka. Walau bagaimanapun, dia juga mempunyai agenda tersembunyi yang tidak diketahui oleh orang lain. Dengan tahap kegairahan emosi yang jarang-jarang dicapai dalam genre penyiasatan jenayah, siri ini diharapkan dapat menarik perhatian penonton dari Taiwan dan di seluruh dunia dan membawa mereka dalam perjalanan yang mengasyikkan selama 9 jam.
Ketua penerbit Sheng-jung Tang menambah bahawa: "The Victims’ Game bukan sahaja mempertahankan ciri asli Taiwan, tetapi juga merangkumi perspektif global. Siri berdasarkan jenayah ini ditetapkan dalam persekitaran penyiasatan tempatan Taiwan, menyediakan gambaran baharu kepada penonton di seluruh dunia dengan cara naratif lain daripada yang lain. Ia pastinya merupakan produksi yang berhak mendapat perhatian seluruh dunia. Kami berharap penonton di seluruh dunia dapat mengenali pelakon-pelakon dan kru berbakat ini melalui siri ini!"
Siri Cina Eksklusif Netflix The Victims’ Game Akan Mengadakan Tayangan Perdana Di Seluruh Dunia Pada 30 April.
###
Perihal The Victims’ Game
Sebagai detektif forensik dengan sindrom Asperger, Fang Yi-Jen mengesan bukti penting dalam pembunuhan misteri dan mendapati bahawa bukti itu berkaitan dengan anak perempuannya yang terpisah. Untuk mengetahui kebenaran tanpa pengetahuan rakan polisnya, dia mengambil risiko dengan menggunakan pengetahuan forensiknya untuk memperdayakan rakan detektifnya yang pemarah, Chao Cheng-Kuan yang juga terlibat dalam kes ini. Sementara itu, dia merancang untuk melakukan penyelidikan bersama Hsu Hai-Yin, seorang wartawan yang sukakan cabaran yang memiliki petunjuk penting untuk kes tersebut. Fang Yi-Jen akhirnya menyedari bahawa kunci kebenaran bukanlah pengetahuan forensiknya yang terbaik tetapi perasaan dan emosi yang telah lama terpendam...
-
Tarikh Tayangan Perdana Di Seluruh Dunia: 30 April 2020
-
Pengarah: David Chuang, Kuan-Chung Chen
-
Penulis Skrip Lakon Layar: Shu-Ting Liang, Ruei-Liang Hsu, Yu-Jia Huang
-
Pembangunan Skrip dan Penceritaan: Monomyth Co., Ltd.
-
Penerbit: Greener Grass Production Co., Ltd.
-
Pelakon Utama: Joseph Chang, Wei-Ning Hsu, Shih-Hsien Wang, Ruby Lin, Ning Ding, River Huang, Rexen Cheng, Chia-Kuei Chen, Joseph Hsia, Moon Lee
Perihal Netflix:
Netflix adalah perkhidmatan hiburan penstriman terkemuka di dunia yang mempunyai 183 juta ahli berbayar di lebih 190 negara, menyediakan siri asli Netflix, dokumentari, filem cereka, dan lain-lain. Ahli-ahli dapat menonton seberapa banyak yang mereka mahukan, pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja, pada mana-mana skrin yang disambungkan dengan internet. Ahli-ahli boleh bermain, jeda dan kembali menonton, semuanya tanpa iklan atau komitmen.
